LANGKAH Kesatuan Eropah (EU) yang melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Menurut mereka, langkah itu sangat bermakna untuk melindungi hutan di dunia, yang membantu mengurangkan kesan gas hijau yang semakin merosakkan alam.
Bagi EU, larangan yang akan berkuat kuasa tahun depan itu adalah bukti peranan blok itu sebagai peneraju global dalam perubahan iklim.
Begitupun, tatkala EU berasakan idea mereka beri kesan positif kepada semua negara dalam dunia, beberapa negara membangun menyatakan bantahan terhadap larangan tersebut.
Malaysia dan Indonesia antara yang paling lantang, memetik laporan The New York Times.
Malaysia, Indonesia bantah, larangan beri kesan kepada ekonomi negara
Kedua-dua negara tersebut membekalkan 85 peratus minyak sawit di dunia, salah satu daripada tujuh komoditi kritikal yang dilindungi oleh larangan EU.
Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya sepakat bahawa larangan itu beri kesan kepada ekonomi negara, meningkatkan risiko kepada mereka.
Bagi mereka, negara kaya, berteknologi tinggi - juga bekas penjajah - sekali lagi menetapkan syarat dan mengubah peraturan perdagangan apabila ia dilihat sesuai dengan mereka.
“Imperialisme kawal selia,” kata menteri ekonomi Indonesia.
BACA: Malaysia menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
Pandangan keras itu seolah-olah sesuai dengan situasi yang menunjukkan aduan dan pandangan daripada negara membangun tidak dipedulikan, pantas sahaja menolak kebimbangan disuarakan.
“Kami tidak mempertikaikan keperluan untuk memerangi penebangan hutan,” kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
BACA: Sektor perladangan kelapa sawit kurang 40,000 pekerja - Johari
Begitupun, katanya, adalah tidak adil negara yang sudah berabad melakukan penebangan hutan di negara mereka, menyebabkan dunia kehilangan banyak hutan tapi sekarang mengenakan syarat kepada negara lain.
Larangan EU bertujuan melindungi petani Eropah
Dalam pada itu, ramai wakil industri, juga petani berpendapat peraturan EU itu sebenarnya adalah satu bentuk perlindungan ekonomi - terhadap petani dalam kesatuan itu.
Bagi mereka, larangan itu adalah satu cara untuk melindungi petani Eropah yang menanam tanaman menghasilkan minyak seperti kacang soya.
BACA: Laksana prinsip MSPO, pastikan industri sawit terus diterima pasaran - Fadillah
Di Malaysia, larangan EU itu sebenarnya mengabaikan kebenaran dan perlesanan dari aspek penebangan hutan yang sememangnya sudah ada di Malaysia sejak dulu.
Piawaian itu sepadan dengan banyak peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.
Ironinya, dalam tinjauan tahunan 2022, Institut Sumber Dunia mendapati bahawa Malaysia adalah salah satu daripada beberapa tempat di mana penebangan hutan tidak menjadi lebih teruk.
Persepsi Eropah cuba kawal negara membangun menular dalam kalangan rakyat
Pasukan petugas baharu, termasuk Suruhanjaya Eropah dan menteri dari Malaysia dan Indonesia sedang bermesyuarat untuk berusaha melaksanakan peraturan penebangan hutan yang baharu.
Pegawai Malaysia telah meminta suruhanjaya itu menerima sistem pensijilan negara sendiri, dan mengecualikan pekebun kecil daripada undang-undang.
BACA: EUDR: Malaysia dan Indonesia mahu penjelasan lanjut, pembabitan EC
Namun, persepsi bahawa kuasa Eropah sedang cuba mengawal kerajaan mereka masih menular.
“Anda tidak boleh mengenakan undang-undang dan kemudian datang selepas itu dan berkata mari berdialog," kata Pengarah eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Belvinder Kaur Sron.
Timbul juga rasa sangsi, berasakan bahawa standard ditetapkan seolah-olah digunakan untuk negara kaya.
BACA: Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula
Nik Nazmi berkata, mereka cakna dengan standard dan peraturan ketat ditetapkan EU - dalam perdagangan bebas dan iklim.
Begitupun, tegasnya, apabila kepentingan wilayah yang lebih berkuasa dari segi ekonomi terkesan dengan standard itu, peraturan itu boleh pula dilonggarkan.
“Kami rasa suara kami tidak didengari,” kata Nik Nazmi. -- Agensi
Agensi
Thu Mar 14 2024
Tatkala EU merasakan idea mereka beri kesan positif kepada semua negara dalam dunia, beberapa negara membangun menyatakan bantahan terhadap larangan tersebut. - Foto Bernama
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
EU kutuk Israel rampas 800 hektar tanah di Tebing Barat
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usaha iktiraf negara Palestin
Sepanyol bersetuju dengan Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara berdaulat Palestin.